November 8, 2011

Erkk.. Uncle, Kita Baru Form 1 lah!


Assalamualaikum semua! #ni entri bosan, tak disarankan baca.

Woah! Kita very very penat lah! Tadi kita pergi rumah kawan kita. Ahax! Nak tau apa kitorang buat dekat rumah dia?! xD Kitorang main Runway dekat bilik dia! Perghh, bapak beshh...

Lepas habis main runway tu kitorang pergi Carefour. Pergi repair handphone Aisyah. Then kitorang beli Ice-Cream Oreo McFlurry! My favourite. Perghh, lagi sekali beshh...

Bila dah habis jalan-jalan dekat Carefour yang bosan tu kitorang singgah dekat Wangsa Walk Mall (WWM) sekejap, nak pergi tanya dekat Yamaha ada tempat recording tak! Sebab geng kitorang nak buat rakaman. Hahaha, permulaan nak jadi jadi famous. #well, kitorang memang perasan pun. Sekali dia kata tak ada! Apa kes! -.-'

Lepas dah habis round-round dekat WWM, kitorang pergi dekat JJ AU2 pula, nak booking tempat untuk jamuan kelas kitorang. Hahaha. Kelas kitorang ni heihh pening sikit tu yang macam-macam perancangan kitorang buat. First-first nak booking dekat KFC, tapi cuti nanti dah ramai orang buat birthday party dekat situ. Then, pergi booking dekat A&W, ALhamdulillah dapat.

Nak balik tu kita dengan Tera naik teksi. Hah, ini baru cerita yang berkaitan dengan tajuk tu. x)) Hahaha, well kita tau yang kita ni tinggi gila macam hantu galah. Then Tera tu dia kecik sikit, tiba-tiba time kitorang tengah layan pening dreber teksi tu tanya kita dengan Tera budak sekolah ke? Bermulah sesi dialog kami.
"Adik ni sekolah lagi ke?" "Ha'ah" "Owh, yang kecik(Tera) tu pak cik tau la sekolah, tapi yang belakang pak cik ni(kita), nampak macam dah kerja je!" "Hahaha, kitorang baru Form 1 lah pak cik!"
Mak aih, boleh dia kata kita ni macam orang yang dah kerja? Kitorang gelak habis dalam teksi tu. Pak cik! Pak cik! Pandai juga pak cik ni buat lawak kan. Hahaha, sampai rumah kitorang masih ketawa lagi. Kah kah kah! xD

2 comments:

  1. Ahahahaha! me too! kelakar gila! kau dah buat belum yang status dekat FB tu! xD

    ReplyDelete

~ Mind your words. I ain't dealing with rude people. ~