December 30, 2010

Orientation Day

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini, 30/12/'10 (Khamis), MP ada orientasi di SMK Lembah Keramat. 4 jam sahaja. Kitorang ada buat lawatan pada satu sekolah, ambil Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) dan kami ada ujian yang dinamakan Ujian Kelayakan KAA. Hurmmm, tak ada yang begitu menarik.

MP cuma boring, sebab itulah MP update cerita ini. Hehe. Huh, cerita pasal ini, MP dapat masuk kelas 1 Nilam. Kelas 1 Nilam ialah kelas yang ke-2. Tadi ada Ujian Kelayakan KAA, kalau MP berjaya, MP boleh masuk KAA dan masuk kelas 1 Taqwa, kelas yang pertama. Doakan MP berjaya. Soalan dia yang Bahasa Arab punya susah sangat-sangat. MP takutlah kalau MP tak dapat. Anyway, doakan MP selalu ya... Sayang anda semua...

Okeylah, sampai sini dahululah MP nak bagitahu...
Jumpa lagi pada episode akan datang... :P
Salam.......


December 23, 2010

Cake... YUMMY!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Emmm, Yummy!!! Blueberry Cheese Cake. Sedap sangat-sangat, rugi betul siapa yang tak rasa... BCC ini MP tak beli tau, tapi, ibu MP yang buat, mmmmm... Ibu MP pandai tau buat cake, ibu MP ade jual sekali cake2 yang dibuat. Antaranya ada :
1. Carrot Cake
2. Pumpkin Cake
3. Blueberry Cheese Cake
4. Moist Choc. Cake

Semuanya sedap-sedap. Kalau nak order pun boleh. Call/SMS kat nombor 012-6846250(ayah MP)/012-2119546(ibu MP). Rugilah kalau tak nak rasa. Haha...

Okeylah, sampai sini dulu yang MP nak beritahu. Jumpa lagi di lain episode :)Salam...

December 19, 2010

My Result

Assalamualaikum wbt,
Hmmm, lama dah MP tak update kt blog ni... haha, okey, now MP want to share with you about MP's result. MP cuma dapat 4A 1B dalam UPSR dan JAYYID JIDDAN dalam PSRA. WAlaupun MP tak dapat macam apa yang MP targetkan, MP tetap bersyukur dengan apa yang MP dapat. Nanti untuk PMR dan SPM, MP boleh cuba lagi. Betul tak? Untuk peperiksaan akhir tahun sekolah MP, MP dapat nombor satu dalam kelas, itu untuk sekolah kebangsaan, untuk sekolah agama MP dapat nombor tiga. Alhamdulillah. Tapi MP tak dapat ganjaran... :( huu.... Tapi tak mengapalah. Bersyukur dan redha je.. Okey lah, sampai sini dulu yang MP nak sharekan. See you next time.. TATA... ;)

September 28, 2010

UPSR(ujian penilaian sekolah rendah)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ,

pada 23/09/2010 yg lalu(selasa/tuesday), semua darjah enam di seluruh Malaysia telah menghadapi satu ujian penting yang dipanggil UPSR . Saya juga telah mengambilnya pada tarikh yang sama dan tahun yang sama. Soalan-soalannya kebanyakannya senang sahaja(maybe),tapi, saya akan pastikan yang saya boleh mendapat 5A. Seperti yang anda semua tahu , Khamis ni semua murid darjah enam ni diseluruh Malaysia (yang bersekolah agama) akan menduduki satu lagi peperiksaan penting yang dipanggil PSRA. (30/09/2010). Saya juga akan pastikan yang saya boleh mendapat Mumtaz... Kawan-kawan juga doakan lah saya mendapat 5A dan Mumtaz. Dan tidak lupa juga TBF, moga kalian akan memperolehi keputusan yang cemerlang...
AMIN...