March 28, 2011

Finally... 41 Followers.. Yay!


Assalamualaikum readers sekalian,

Pada malam yang amat berbahagia ini, saya Miss Purple ingin memanjatkan ribuan terima kasih kepada 41 orang followers saya. Walaupun belum sampai apa yang Miss Purple inginkan sepatutnya, tapi tak pe, ini dah cukup buat Miss Purple gembira. Salah satu sebab kenapa Miss Purple gembira sangat, adalah kerana Miss Purple telah kalahkan kawan Miss Purple yang bernama Zahti . Lebih baik korang semua follow dia sebelum Miss Purple jadi jahat dan tamak. Astaghfirullahal'azim...

Okay-okay, stop merapu-rapan... Kepada kawan-kawan yang Miss Purple rasa tersangat-sangatlah comel sekalian ini, tolonglah Follow blog kawan Miss Purple ini. Kalau korang nak tau kan, kami menghabiskan masa kami di sekolah dengan memikirkan cara-cara meng'edit' blog dengan cantik dan KAWAII.



Banyak menghabiskan masa meng'edit' blog sekarang ni. Sampai agak lupa tentang pelajarn. Masyaallah...



Errr, yang terlompat tu Miss Purple ye, yang lagi satu tu Zahti. Kitorang berdua bekerjasama mengerah otak sambil menjelajahi blog-blog orang lain demi kepentingan kami berdua. Cewaah.. Kami membentangkan segala pemerhatian daripada tutor-tutor blog diluar sana. Betul kan Zahti. So that, hargalah penat lelah kami ini. Follow Miss Purple terutama sekali. Jangan lupa follow Zahti a.k.a Miss Pink juga.

Okaylah, dah malam sangat ni. Nak tidur dululah. Ini sahaja yang sempat Miss Purple cerita pada kali ini.
Assalamualaikum... =)

March 21, 2011

Thinking About You...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,

Huhu, dalam entry kali ini, Miss Purple bukan nak cerita pasal 'Pakwe' sebab Miss Purple tak ada 'Pakwe' pun. Ye la, Miss Purple kan 'Anti Couple'. Miss Purple maksudkan BFF Miss Purple. Nak tau tak, Miss Purple dah setahun tak jumpa diorang tau. Huhu. Rindu diorang ketat-ketat. :( When can I meet them again? I hope i'll see them soon. Maybe at Bandar Tasik Puteri (kalau Miss Purple singgah sanalah).

Nama BFF Miss Purple yang Miss Purple sayang sangat-sangat tu ialah Alya Afrina . She's my besties. Lama sangat-sangat kita tak jumpa kan Alya. Awak masih ingat kita lagi tak? Ingat kan ingat kan? Kita kan Best Friend 'Till Death, mustahillah awak tak ingat kita. Huhu, kalau kita boleh berjumpa lagi, kita nak ajak awak pergi shopping/main bowling kat Wangsa Walk Mall. Sure gempak kalau kita ajak awak. Kan kan kan!!!

Alya ialah BFF Miss Purple dunia akhirat. Tapi kalau di KL pula, Miss Purple ada lagi seorang BFF, tapi tak serapat Miss Purple dengan Alya tu. Nama dia Aisyah Hijanah. She's my besties too. Cantik tak dia. Cantik kan! Memang pun. Yang Alya tu dia comel. Comel sangat-sangat. Kalau dia tau ni, mesti dia bangga gilaa. Haha.

Anyway, you both are my besties forever. The cutest and and... and everything lah.

Okaylah, sampai sini dahululah yang Miss Purple nak kongsi dalam entry kali ini. Jumpa lagi pada episode akan datang.
Assalamualaikum... :)